BM | EN | 中文

PM perlu libatkan seluruh kerajaan dan masyarakat untuk menang melawan Covid-19

Lim-Kit-Siang.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 23 OKT: Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin perlu menanamkan semangat melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” kepada kabinet jika mahu menang dalam melawan wabak Covid-19 di Malaysia.

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, mesyuarat kabinet hari ini perlu melancarkan kempen itu untuk menghentikan penularan gelombang ketiga wabak Covid-19 dan memastikan peningkatan harian kes ini tidak mencapai empat angka.

“Laporan Covid-19 semalam oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan kita belum lagi mencapai kemuncak gelombang ketiga wabak.

Advertisement

“Ini memandangkan terdapat peningkatan jumlah kes harian berbanding dengan tempoh 24 jam sebelumnya, walaupun hari sebelum mencatatkan sedikit penurunan.

“Peningkatan harian kes Covid-19 dalam negara untuk tempoh tujuh hari yang lepas adalah: 847, 732, 862, 865, 871, 869 dan 629 kes – dengan purata 810.7 setiap hari untuk sepanjang minggu yang lepas.

“Kita perlu lakukan apa sahaja boleh dilakukan untuk mengelakkan peningkatan harian dalam julat empat digit,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Beliau dalam pada itu turut menyenaraikan tindakan yag dianggap sabotaj terhadap usaha melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” yang dilakukan oleh para menteri.

Kata Kit Siang, perkara itu perlu dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat khas kabinet memandangkan banyak pengajaran penting yang dapat dipelajari sepanjang peningkatan mereka yang dijangkiti Covid-19 semenjak kebelakangan ini.

Antaranya, layanan berbeza dalam kes pelanggaran SOP kuarantin Covid-19 Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, yang diputuskan tidak memerlukan tindakan lanjut oleh Pejabat Pendakwa Raya.

Advertisement

Selain itu ketiadaan Menteri Kesihatan di Sabah sehingga hari ini untuk memimpin usaha melawan Covid-19.

Cetusan gelombang ketiga Covid-19 dengan cubaan gagal untuk merampas kerajaan negeri Sabah yang telah menyebabkan berlakunya PRN Sabah.

Negeri Sabah ditinggalkan untuk membela nasibnya bersendirian sedangkan negeri tersebut merupakan pusat penularan utama gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia.

Advertisement

Selain itu, diskriminasi terhadap kerajaan negeri Pakatan Harapan, yang dikecualikan daripada mesyuarat penting Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 dan keengganan kerajaan Persekutuan untuk berkongsi data terperinci berkenaan kes Covid-19 dengan Selangor Task Force for Covid-19 (STFC).

Tambah Kit Siang lagi, arahan mengelirukan, separa siap, dan kucar kacir yang diumumkan seperti arahan berkerja dari rumah yang dibuat tanpa proses libat urus dengan pemegang taruh seperti kumpulan majikan dan wakil-wakil pekerja.

Mesyuarat Khas Kabinet ini sepatutnya melancarkan satu kempen penglibatan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” untuk menghentikan penularan gelombang ketiga wabak Covid-19 dan memastikan peningkatan harian kes ini tidak mencapai empat angka.

Advertisement

“Siapakah yang boleh memimpin negara kita dengan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan Covid-19 ini? kata Kit Siang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top