BM | EN | 中文

PM perlu jelaskan sebab lantik abang jadi pengerusi Nafas

Zainuzabha-Baharom.jpg
Advertisement

PONTIAN, 19 SEPT: Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menjelaskan sebab perlantikan abangnya, Zamri Yaakob sebagai Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMAMAH) Johor, Zainuzabha Baharom berkata, langkah itu menunjukkan sikap pilih bulu mulai menjalar dalam pemerintahan PM yang baharu.

Zainuzabha menjelaskan, sikap itu tidak sepatutnya berlaku kerana menyuburkan kelakuan memilih kroni bukan berdasarkan pencapaian atau prestasi seseorang individu.

Advertisement

“PM perlu memberi sebab dan fakta berkenaan pelantikan abangnya sendiri sebagai Pengerusi Nafas. Beliau tidak boleh mengamalkan pemulihan berdasar darah daging sendiri, bukan pencapaian yang diperolehi seseorang itu.

“Apa sebab Zamri Yaakob mendapat tempat tersebut? Adakah beliau faham dan berlatar belakangkan pencapaian dari usaha yang beliau yang memberi manfaat kepada semua.

“Mengapa selepas Ismail dilantik sebagai PM, abangnya secara tiba-tiba menjadi Pengerusi Nafas. Ini menimbulkan keraguan dalam pentadbiran baharu beliau,” jelasnya ketika dihubungi.

Advertisement

Baru-baru ini Nafas melantik Zamri Yaakob sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) yang baru berkuat kuasa 13 September 2021.

Walau bagaimanapun, sumber yang mengetahui pemilihan tersebut berkata laporan berita yang mendakwa terdapat penglibatan eksekutif dalam proses itu tidak tepat.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top