BM | EN | 中文

PM perlu hapus diskriminasi, cerminkan ‘Keluarga Malaysia’

teo-nie-ching.jpg

Gambar Ehsan Roketkini

Advertisement

KULAI, 21 SEPT: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob harus berusaha untuk menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi, selaras konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi harus memandang serius terhadap hasil tinjauan nasional ‘Diskriminasi dalam Pendidikan’ yang dijalankan Sekolah Semua dan Architects of Diversity (AOD).

Menurutnya, kedua-dua kementerian perlu mengemukakan cadangan dan rancangan susulan untuk menghapuskan sebarang persepsi negatif terhadap sistem pendidikan kebangsaan.

Advertisement

“Usaha Sekolah Semua dan AOD harus dihargai dan tidak boleh disia-siakan.

“Oleh itu saya mencadangkan dan menyeru Menteri Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi mengadakan mesyuarat dengan Sekolah Semua dan AOD dalam masa terdekat.

“(Langkah ini) untuk membincangkan hasil tinjauan mereka. Ini juga selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri,” katanya, lapor Roketkini.

Advertisement

Media sebelum ini melaporkan separuh daripada rakyat Malaysia menghadapi diskriminasi dalam pendidikan berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Sekolah Semua, sebuah gerakan yang dijalankan hasil inisiatif AOD.

Daripada jumlah itu, 36 peratus mendakwa mengalami diskriminasi lisan, diikuti dengan pengalaman gangguan atau buli (21 peratus), dan ada yang dinafikan akses kepada peluang pendidikan kerana identiti (18 peratus). – Roketkini.com

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top