BM | EN | 中文

“PM orang Johor, jangan sampai negeri sendiri terbiar..”

Muhyiddin-Yassin-Parlimen-Pagoh-DUN-Gambir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 JUL: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan ahli parlimen Pagoh dan Adun Gambir perlu menumpukan usaha pembangunan di negeri Johor.

Dr Mohd Zuhan Mohd Zain

Panel Pemikir Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, negeri ini harus diberikan tumpuan pembangunan oleh kerajaan pusat.

Katanya, titah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim yang menyatakan bahawa Johor dianaktirikan oleh kerajaan pusat perlu diambil perhatian secara serius.

Advertisement

“Perdana Menteri hari ini adalah individu yang lahir di Johor ini boleh mendatangkan kesan yang positif kepada negeri ini agar ia tidak terbiar tanpa ada sebarang sentuhan atau tumpuan pembangunan yang pesat.

“Apa yang disuarakan baginda (TMJ) sememangnya bernas dan berasas. Boleh dipastikan Johor kini tidak lagi menjadi negeri yang berdaya saing dari segi pembangunan sedangkan Johor antara negeri penyumbang terbesar pendapatan negara.

“Perkara ini perlu diperbincangkan agar Johor menjadi pemangkin seterusnya dalam pembangunan di negara ini seiring dengan kehendak rakyat di negeri ini,” katanya.

Advertisement

Tambah Mohd Zuan, sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH), gabungan itu berusaha untuk membangunkan Johor serta menarik perhatian kerajaan pusat agar memberi tumpuan kepada negeri ini.

“Sewaktu PH memerintah, kita dapat lihat bagaimana PH Johor cuba menarik perhatian kerajaan pusat dengan mengadakan pelbagai program seperti Tahun Melawat Johor dan Sukma bagi usaha membangunkan negeri.

“Kini kerajaan Perikatan Nasional (PN) seharusnya memberi tumpuan segera dalam pembangunan negeri Johor.

Advertisement

“Antara yang menjadi keperluan hari ini adalah fasiliti dan infrstruktur yang terpinggir dari kerajaan pusat terhadap negeri ini.

“Saya mencadangkan agar dalam Belanjawan 2021 oleh kerajaan pusat, dapatlah ditumpukan kepada pembangunan negeri ini sesuai dengan apa yang dititahkan oleh TMJ dan rakyat di negeri ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top