BM | EN | 中文

PM menghadap Sultan Johor di Istana Bukit Serene pagi ini

muhyiddin-yassin-sultan-johor.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU, 15 OGOS: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini.

Ketibaan pemimpin utama negara yang menaiki kenderaan rasmi dirakam di pintu masuk istana itu pada 9.30 pagi tadi.

Turut kelihatan memasuki perkarangan istana ialah kenderaan rasmi yang dinaiki barisan pemimpin kerajaan negeri.

Kunjungan itu merupakan kunjungan rasmi kedua Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh ke atas Sultan Johor selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac lepas.

Pada pertemuan pertama 19 Mac lalu, Muhyiddin mempersembahkan perkembangan terkini COVID-19 kepada Sultan Ibrahim.

Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gambir dilihat meninggalkan istana pada 10.40 pagi.

Selepas menghadap Sultan Ibrahim, Muhyiddin bersama barisan pemimpin lain dijadualkan menghadiri Sesi Townhall Bersama Penjawat Awam Negeri Johor di Hotel Thistle di sini.

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top