BM | EN | 中文

PM mahu letak jawatan, namun batal hasrat selepas rayuan menteri – Laporan

bukit-damansara-TSMY.jpg

Suasana di kawasan kediaman Tan Seri Muhyiddin Yassin (Sumber Gambar: Twitter @FareezAzman)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan mempertimbangkan untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri, namun tidak berbuat demikian selepas rayuan menteri.

Laman The Vibes semalam melaporkan, tindakan itu dipercayai selepas Perdana Menteri gagal meyakinkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan perintah darurat.

Selepas titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini, para menteri dan pemimpin Bersatu dilihat datang ke rumah Muhyiddin di Bukit Damansara.

Advertisement

Menurut laporan portal itu, ada di kalangan menteri dan ahli parlimen yang dikatakan sebak dan berkumpul di kediaman perdana menteri untuk meyakinkannya agar tidak mengundurkan diri.

Antara yang hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“..ada yang mengatakan bahawa beliau (PM) ingin melakukan hal yang sepatutnya dan mengundurkan diri, tetapi diminta untuk terus bertahan oleh Azmin dan yang lain,” kata sumber.

Advertisement

Muhyiddin pada Jumaat lalu mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung pengisytiharan “darurat”.

Namun, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah bertitah semalam tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda berpendapat kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung Covid-19.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top