BM | EN | 中文

PM lakukan kesilapan jika tak proaktif tangani pendedahan Kertas Pandora

lim-kit-siang.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 20 OKT: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah melakukan kesilapan sekiranya beliau tidak mengambil pendirian proaktif mengenai siasatan Kertas Pandora.

Ahli parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata, Ismail Sabri dilihat seperti “membantu” bekas perdana menteri, Najib Razak berhubung pendedapan Kertas Pandora mengenai penyalahgunaan sistem kewangan di luar pesisir.

“Salah seorang individu yang dikenalpasti dalam Kertas Pandora ini adalah penasihat Najib mengenai 1MDB semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Advertisement

“Jho Low, seorang pemodal yang diburu polis yang merupakan orang di sebalik skandal 1MDB dan kini dikehendaki di Malaysia, Singapura, dan Amerika Syarikat.

“Sekiranya Najib benar-benar tidak bersalah dengan skandal 1MDB ini, walaupun beliau telah dinyatakan sebagai “Malaysian Official 1” dalam kertas litigasi Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada tahun 2016 bukankah Najib sepatutnya mengalu-alukan siasatan Kertas Pandora ini di mana Najib akan berpeluang untuk membuktikan yang beliau tak bersalah dengan skandal 1MDB ini? ,” kata Kit Siang.

Media sebelum ini melaporkan pendedahan Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) mendapati dana yang terlibat dalam pemindahan wang yang diseleweng daripada 1MDB ada kaitan dengan kes penipuan berprofil tinggi di India dan Rusia.

Advertisement

Dua dana pelaburan yang berpengkalan di Curacao – Enterprise Emerging Markets Fund BV (EMMF) dan Cistenique Investment Fund BV – terlibat dalam pemindahan dana seleweng daripada 1MDB berjumlah AS$455 juta (RM1.49 bilion) dari 2012 ke 2013.

Dana itu terbabit dalam dua bahagian penipuan 1MDB.

Pertama penyaluran sebahagian AS$3.5 bilion (RM11.2 bilion berdasarkan kadar pertukaran kemudian) yang diperoleh melalui bon yang disokong kerajaan pada 2012 dan memindahkan wang tunai yang dicuri itu kepada syarikat dimiliki oleh rakan sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Advertisement

Pada bahagian kedua, ia sebahagian daripada empat syarikat yang terbabit dalam mengambil AS$1.59 bilion (RM5.32 bilion) daripada bon yang didapatkan dengan bantuan bank pelaburan Goldman Sachs pada 2013.

Sebanyak AS$681 juta (RM2.28 bilion) wang itu dimasukkan ke akaun bank peribadi bekas perdana menteri Najib Razak, kata Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Hubungan antara 1MDB dan skandal berprofil tinggi di Rusia ditemukan dalam carian mengenai syarikat-syarikat yang berkaitan dengan skandal 1MDB di Kertas Pandora.

Advertisement

Sementara itu, Najib menafikan sebarang salah laku manakala pasukan peguamnya berpendapat ahli parlimen Pekan dikelirukan oleh orang lain.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top