BM | EN | 中文

PM, kabinet dan speaker dewan rakyat perlu elak krisis perlembagaan

Hassan-Karim.jpeg

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (Gambar Ehsan Malaysiakini)

Advertisement

PASIR GUDANG, 17 JUN: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, Perdana Menteri, jemaah kabinet serta Speaker Dewan Rakyat perlu mematuhi pandangan dan cadangan YDP Agong dan Raja-Raja Melayu berkenaan pembukaan parlimen.

Kata Hassan, ia bagi mengelakkan berlakunya krisis perlembagaan di tengah-tengah krisis wabak Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

“Dengan hormatnya saya telah merujuk dokumen-dokumen penting undang-undang berkenaan kuasa siapakah yang berhak memanggil sidang Parlimen.

Advertisement

“Saya mendapati: semua peruntukan undang-undang menyatakan bahawa kuasa memanggil sidang Parlimen terletak pada Yang di-Pertuan Agong iaitu Artikel 55(1) Perlembagaan Persekutuan;

“Seksyen 2(1) Dan Seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa) Perlu 2021;dan Peraturan 11(1) Standing Orders Dewan Rakyat.

“Sebagai ahli parlimen Pasir Gudang saya menyeru dengan hormat dan salam takzim kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jemaah Kabinet serta Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azhar Harun supaya mematuhi pandangan dan cadangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu berkenaan pembukaan Parlimen bagi mengelakkan berlakunya krisis perlembagaan di tengah-tengah kita menghadapi krisis wabak Covid-19 sekarang ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Terdahulu hari ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said mempertikaikan cara kerajaan menguruskan pandangan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu mengenai pentadbiran negara.

Beliau yang terlibat secara langsung dengan parlimen dengan latar belakang undang-undang berkata, dekri diraja adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan.

“Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja sepakat bersetuju bahawa kedaulatan parlimen menjamin urus tadbir yang baik,” tulisnya di Twitter hari ini.

Advertisement

Semalam, Majlis Raja-raja Melayu mengeluarkan kenyataan menyokong pendirian Agong yang menitahkan agar parlimen segera bersidang.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan dalam reaksi yang membayangkan keengganan kerajaan membuka parlimen segera berhujah, kenyataan dibuat Agong itu tidak disertakan tarikh tertentu.

“Agong pun tidak menitahkan bulan berapa, tetapi secepat mungkin.

Advertisement

“PM kita kata pun bulan sembilan atau 10… sekarang kita dah hampir penghujung bulan enam, bulan tujuh, lapan, sembilan pasti akan diadakan tu,” kata Takiyuddin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top