BM | EN | 中文

PM ikrar lantik menteri bersih, usaha banteras rasuah

tsmy-rtm.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 3 MAC: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan melantik anggota jemaah menteri dari kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.

Dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung malam tadi, beliau berkata kerajaan pimpinannya juga akan memberi keutamaan kepada usaha bagi meningkatkan integriti dan tadbir urus kerajaan.

“Ini termasuk usaha-usaha untuk membanteras amalan rasuah dan salah guna kuasa dengan meningkatkan penguatkuasaan dan memperkemaskan undang-undang, peraturan dan amalan yang berkaitan.

Advertisement

“Saya juga faham bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang prihatin dan cekap dalam menyelesaikan permasalahan rakyat,” katanya dalam perutusan khas itu malam tadi.

Dalam ucapan sulungnya itu kata Muhyiddin, kerajaan akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan merapatkan jurang ekonomi dalam masyarakat.

“Marilah bersama-sama saya untuk bina semula negara kita dan kembalikan kegemilangannya. Saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.

Advertisement

“Baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina, saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik, saya adalah Perdana Menteri saudara.

“Samada saudara adalah petani, saudara nelayan, saudara peniaga, saudara penjawat awam, saudara pekerja swasta, saya adalah Perdana Menteri saudara.

“Saya merayu agar saudara dan saudari memberikan sokongan padu kepada saya untuk memikul amanah dan tanggungjawab besar ini.

Advertisement

“Berilah saya peluang untuk memanfaatkan 40 tahun pengalaman saya dalam politik dan kerajaan untuk mengemudi Malaysia ke arah kegemilangan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top