BM | EN | 中文

“PM harus junjung titah YDPA, bincang belanjawan 2021 dengan pembangkang”

Muhyiddin-Yassin.jpg

Gambar Ehsan SCMP

Advertisement

KUALA LUMPUR, 29 OKT: Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan pimpinan Tan Seri Muhyiddin Yassin untuk menjunjung titah YDP Agong yang menasihatkan semua ahli parlimen untuk memberi sokongan kepada Belanjawan 2021.

Lanjutan itu Majlis Presiden PH dalam kenyataannya berkata Perdana Menteri harus mengadakan perbincangan dan rundingan segera dengan pembangkang berkenaan isi kandungan Belanjawan 2021 sebelum dibentangkan.

Menurut kenyataan dikeluarkan bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Settiausaha Agung DAP agar supaya ia dapat mencapai objektif-objektif yang diingini Tuanku.

Advertisement

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, hari ini

“Majlis Presiden Pakatan Harapan amat bersetuju dengan YDP Agong bahawa amat penting dan serius untuk Belanjawan 2021 ini dirundingkan dengan pembangkang sebelum dibentang di Parlimen.

Perdana Menteri harus menjunjung titah Seri Paduka Baginda dengan mengadakan perbincangan dan rundingan segera dengan Pembangkang berkenaan isi kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada 6 November.

“Majlis Presiden PH yakin semua ahli parlimen akan terlibat di dalam sesi perbahasan yang sihat untuk memastikan Belanjawan 2021 mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, serta menepati aspirasi seperti yang telah dititah Tuanku,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Tambahnya, Belanjawan 2021 perlu memberi fokus kepada keperluan petugas barisan hadapan yang menjadi benteng rakyat Malaysia dari wabak Covid-19.

Ia juga perlu menetapkan halatuju yang mampu memastikan Malaysia akan terus maju sewaktu dan selepas pandemik.

Ia antaranya termasuk mengenalpasti strategi pembangunan baharu untuk ekonomi serta membantu jutaan rakyat Malaysia yang terkesan sama ada akibat kehilangan pekerjaan mahupun pendapatan pada tahun 2020.

Advertisement

“Berjuta-juta rakyat Malaysia yang berada pada atau di bawah paras kemiskinan amat mengharapkan bantuan melalui belanjawan ini.

“Golongan yang tidak harus ketinggalan juga adalah yang mengharapkan moratorium pinjaman dilanjutkan,” tambah kenyataan itu lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top