BM | EN | 中文

PM boleh pergi DUN tapi tak buka parlimen

aminolhuda-hassan-adun-parit-yaani.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 14 OGOS: Kegagalan meneruskan sidang parlimen awal bulan ini bercanggah dengan langkah dilakukan pembukaan Dewan Negeri Johor yang dihadiri sendiri oleh perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Pembangkang DUN Johor, Aminolhuda Hassan berkata, jelas Muhyiddin menggunakan pelbagai alasan dan seolah cuba melengahkan titah Yang Dipertuan Agong.

“PM gagal ni boleh ke Sidang DUN Johor tapi takut buka Parlimen. Agong terpaksa meminta Parlimen dibuka segera beberapa kali, terpaksa meminta pengesahan speaker keabsahan yang Muhyiddin ada.

Advertisement

“Muhyiddin telah mempergunakan Speaker dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya untuk terus kekal menjadi PM.

“Ia adalah sikap yg tidak bertanggungjawab sebagai seorang PM. Muhyiddin terlalu sayang jawatannya tanpa memikirkan nasib negara,” kata Aminolhuda dalam satu kenyataan semalam.

Aminolhuda yang juga Adun Parit Yaani berkata, sebagai rakyat Johor beliau merasa malu memiliki seorang PM dari Johor yang takut untuk membuka parlimen berbanding DUN Johor yang dianggotai Muhyiddin sendiri sebagai wakil rakyat DUN Gambir.

Advertisement

“Bertindaklah dengan keberanian bukan dengan tipu helah yang akan menambah kebencian rakyat dalam suasana Covid-19 semakin tiada penghujungnya.

“Bukan sahaja pesakit Covid-19 semakin berkurang malahan bertambah melepasi angka 20 ribu manakala yang meninggal dunia melepasi angka 200 setiap hari.

“Kegagalan PM dan kabinetnya jangan sampai rakyat menjadi sengsara yang tiada kesudahannya.

Advertisement

“Buka parlimen atau letak jawatan PM jika kamu ingin dihormati selama-lamanya,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top