BM | EN | 中文

PM bertemu Agong lebih dua jam di Kuantan

TSMY-Agong-Kuantan-23-Okt.png
Advertisement

KUANTAN, 23 OKT: Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan selama lebih dua jam di Istana Abdulaziz hari ini.

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan Istana Abdulaziz di sini pada 7.10 malam tadi, selepas berada di situ selama lebih dua jam.

Media tempatan melaporkan beliau yang dipercayai hadir bagi mengadap Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah tiba di perkarangan istana pada 4.40 petang tadi.

Advertisement

Turut serta ialah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang.

Juga kelihatan beberapa buah kenderaan rasmi milik kerajaan Pahang, namun tidak dapat dipastikan siapa yang menaiki kenderaan terbabit.

Difahamkan konvoi kenderaan yang membawa perdana menteri akan terus ke Pangkalan Tentera Udara Kuantan di sini untuk menaiki pesawat pulang ke ibu kota.

Advertisement

Pada pagi tadi, Muhyiddin dilapor mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.

Turut dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra pagi tadi ialah kenderaan yang membawa Affendi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top