BM | EN | 中文

PM baharu hadapi cabaran besar, perlu lakukan tugas jauh lebih baik tangani tiga krisis

Lim-Guan-Eng.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 OGOS: Perdana Menteri yang baharu menghadapi cabaran besar dan perlu melakukan tugas yang jauh lebih baik dalam menangani tiga krisis berganda.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, langkah itu perlu segera dilaksanakan bagi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat yang terjejas teruk akibat lonjakan jangkitan dan angka kematian COVID-19.

“Selama 17 bulan berkuasa, Mahiaddin ada berusaha tetapi tidak mampu menangani krisis tiga berganda pandemik COVID-19, kemelesetan ekonomi dan ketidakstabilan politik.

Advertisement

“Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) perlu dipercepatkan untuk memastikan imuniti kelompok dicapai dengan suntikan vaksin dan bukan jangkitan.

“Pelan “Reset” COVID-19 (perlu) dilancarkan untuk beralih dari pembendungan COVID-19 kepada mitigasi untuk hidup dengan COVID-19,” kata Guan Eng, lapor Roketkini.

Tambah belau lagi, Pelan Normalisasi Ekonomi perlu dilaksanakan untuk meletakkan Malaysia kembali ke landasan pemulihan dengan penekanan pada pekerjaan, membuka semula ekonomi dan bantuan kewangan berkala kepada perniagaan dan penganggur.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, Perdana Menteri sementara, Tan Sri Mahiaddin Yassin perlu mengambil langkah berlandaskan perlembagaan yang betul berikutan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Guan Eng mewakili parti itu menghargai tindakan Mahiaddin kerana mengambil langkah berlandaskan perlembagaan yang betul berikutan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri setelah kehilangan majoriti parlimennya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top