BM | EN | 中文

PM arah jemaah menteri isytihar harta

tsmy-kabinet.jpg

Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri pertama di Pejabat Perdana Menteri pagi tadi (Gambar Ehsan FB Muhyiddin Yassin)

Advertisement

PUTRAJAYA, 11 MAC: Semua anggota jemaah menteri kerajaan Perikatan Nasional wajib mengisytiharkan harta dan mereka diberi tempoh sebulan untuk berbuat demikian, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap kepada wartawan selepas mesyuarat kabinet sulung yang dipengerusikannya, beliau juga mengingatkan mereka mengenai komitmen untuk menentang dan banteras rasuah.

“Saya beritahu semua jemaah menteri supaya isytihar harta dan kita minta dalam tompoh sebulan (isytihar) kepada SPRM seperti dibuat hari ini,” katanya, lapor Malaysiakini.

Advertisement

“Kita akan serahkan kertas akujanji untuk komitmen pimpinan salam kerajaan bagi menentukan tahap integriti kerajaan berada pada tahap paling tinggi.

“Kedua, saya juga beritahu semua ahli kabinet untuk isytihar harta mereka dan borang akan diedarkan kemudian. Kita juga minta tempoh sebulan diserahkan pada SPRM seperti yang dibuat sebelum ini,” katanya dalam sidang media selepas menpengerusikan mesyuarat pertama kabinetnya, di Putrajaya, hari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top