BM | EN | 中文

PLBE Gemas-Johor Bahru bakal buka banyak peluang pekerjaan

PLBE-gemas-johor-bahru.png
Advertisement

TAMPIN, 28 SEPT: Pelaksanaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat selain membuka Iebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk masyarakat setempat, kata Ahli Parlimen Tampin Datuk Dr Hasan Bahrom.

Beliau berkata pengumuman itu merupakan perkembangan balk kerana projek yang bakal slap 2023 itu merupakan titik pertemuan antara Pantai Timur-Selatan-Utara.

“Apabila projek itu sudah slap nanti is bakal menjadikan kawasan Gemas sebagai tumpuan orang ramai dari seluruh pelusuk negara ini selain menjadi hab pengangkutan yang penting di selatan tanah air,” katanya.

Advertisement

Susulan itu, beliau berhasrat menjadikan kawasan Gemas sebagai satu destinasi tarikan pelancongan di negeri ini kerana terdapat pelbagai tempat bersejarah, inap desa dan budaya unik termasuk etnik Bengkulu di Kampung Bangkahulu yang terkenal dengan kuih tat Bangkahulu.

Katanya kelebihan itu akan melonjakkan jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Sembilan yang terkenal dengan budaya dan adat.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat semalam berkata Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru yang juga jajaran akhir landasan berkembar eiektrik dari Padang Besar, Perlis ke Johor Bahru, Johor dijadualkan siap pada 2023.

Advertisement

Selain itu antara projek utama yang telah dilaksanakan, katanya termasuk Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa Satu yang menghubungkan Rawang ke Salak Selatan dan dijangka slap pada 2022.

Menurut Ismail Sabri rangkaian rel dan jalan raya bersepadu menghubungkan lapangan terbang dan pelabuhan dengan kawasan perindustrian, bandar serta luar bandar akan dipertingkat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top