BM | EN | 中文

PLBE Gemas-JB, RTS bakal perkukuh peranan MBJB

johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 OGOS: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan mengukuhkan lagi peranan dan kedudukannya dengan bandar raya itu dilihat sebagai pintu masuk antarabangsa darat yang utama di dunia apabila siapnya projek Sistem Transit Rapid (RTS) Malaysia-Singapura dan projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru kelak.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad percaya kedua-dua projek mega itu bakal menjadi penyumbang utama kepada usaha pemulihan ekonomi negeri sekali gus memberi impak positif kepada kepesatan pembangunan bandar raya Johor Bahru dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.

Katanya dengan siapnya kedua-dua projek tersebut, is akan menyokong keberadaan Daerah Perniagaan Antarabangsa Ibrahim (IIBD) di bandar raya itu.

Advertisement

”Projek pembangunan IIBD yang meliputi kawasan seluas 100 hektar di tengah-tengah Daerah Sentral Johor Bahru ini akan menjadi `The Southern Gateway of Malaysia’ dan ‘The next best option to live, work and play in Southeast Asia after Singapore’.

“Hasrat tersebut sejajar dengan kedudukan strategik bandar raya Johor Bahru yang bersebelahan dengan Singapura, sekali gus menjadi pintu masuk darat yang utama ke republik itu dari Malaysia; katanya dalam ucapan pada majlis angkat sumpah Datuk Bandar MBJB Ke-13 secara maya hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis angkat sumpah Datuk Bandar yang baharu Datuk Mohd Noorazam Osman di Dewan Kenanga Menara MBJB di sini.

Advertisement

Hasni berkata apabila siapnya IIBD, warga bandar raya Johor Bahru dapat rnenikmati lebih banyak pelaburan strategik dalarn pelbagai sektor melalui penyiapan infrastruktur bertaraf antarabangsa di 1180.

“Pelaburan ini juga bakal meletakkan Johor Bahru sebagai bandar raya yang setanding atau lebih daripada Kuala Lumpur.

“Impaknya. kita juga bakal melihat lebih ramai anak muda dari luar Johor untuk berhijrah ke bandar raya ini berikutan lambakan peluang yang ditawarkan, hasil daripada pelaburan strategik tersebut,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Hasni berkata IIBD akan menjadi pemangkin kepada penciptaan lebih banyak peluang dan kemajuan bandar raya Johor Bahru secara urnumnya.

“Oleh yang demikian. saya yakin. MBJB berupaya untuk terus memberikan perkhidmatan dan sokongan yang melangkaui jangkaan setiap warganya.

“MBJB juga akan kekal kompeten dalam usahanya mengurus sumber dan potensi yang ada pada bandar raya ini untuk manfaat bersama: katanya lagi.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top