BM | EN | 中文

Plaza Tol Sedenak dibuka semula mulai tengah malam tadi

plaza-tol-sedenak.jpeg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 DIS: Plaza Tol Sedenak di sini yang ditutup sementara sejak 12 tengah semalam telah dibuka semula kepada semua kenderaan, mulai 12 tengah malam tadi.

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dalam kenyataan menyatakan pembukaan semula itu hanya dibuat selepas semua kerja sanitasi dilaksanakan secara menyeluruh, oleh agensi berkaitan.

Menurut kenyataan itu, semua kerja-kerja disinfeksi, sanitasi dan pembersihan di plaza terbabit, hanya boleh dijalankan mulai 9 malam tadi.

Advertisement

Sebarang perubahan mengenai perkara itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Tengah hari semalam PLUS memaklumkan plaza tol berkenaan terpaksa tertutup selepas seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19.

Sehubungan itu, orang ramai dari Sedenak dan kawasan sekitar yang ingin menuju ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru, dinasihatkan agar memasuki lebuh raya PLUS menerusi Plaza Tol Simpang Renggam atau Kulai, sepanjang tempoh penutupan tersebut.

Advertisement

Sementara itu, orang ramai dari Kuala Lumpur yang menghala ke Sedenak dinasihatkan supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Simpang Renggam, manakala orang ramai dari Johor Bahru yang menghala ke Sedenak dinasihatkan supaya keluar dari lebuh raya, menerusi Plaza Tol Kulai.

Kakitangan tersebut merupakan seorang pembantu khidmat pelanggan, yang ketika ini sedang dirawat di sebuah hospital.

Terdahulu, Bernama melaporkan, usaha pengesanan kontak sudah dijalankan, termasuk mengarahkan semua kakitangan operasi dan penyelenggaraan di plaza tol berkenaan, agar melakukan pemeriksaan dan saringan kesihatan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top