BM | EN | 中文

Platform janakuasa kukuhkan lagi kerjasama Malaysia-Singapura

Platform-janakuasa-kukuhkan-lagi-kerjasama-Malaysia-Singapura.jpg

Gambar Ehsan FB Mahdzir Khalid

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 14 MAC: Malaysia dan Singapura mengukuhkan kerjasama yang sedia terjalin dalam mewujudkan platform janakuasa yang baharu dibuka Johor Bahru bagi tujuan pembekalan tenaga.

Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, platform yang sudah beroperasi sejak hujung tahun lalu itu menelan kos pembinaan sebanyak RM240 juta yang ditanggung kedua-dua negara.

“Platform itu bukan bermaksud proses penjualan sebaliknya pembekalan tenaga antara Johor dan negara republik itu sekiranya mengalami kekurangan bekalan.

Advertisement

“Proses interconnection itu sudah lama diwujudkan antara kedua-dua negara dan platform yang baharu dibina ini mengukuhkan lagi kerjasama sedia terjalin,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Ceria Ke Sekolah Negeri Johor, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Advertisement

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Terdahulu, Mahdzir mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Mahdzir berkata, dalam pertemuan itu, pihaknya sembah maklum kepada Sultan Johor mengenai Southern Power Generation Sdn. Bhd. (SPG) yang terletak di Pasir Gudang dan beroperasi sejak bulan lalu.

Jelasnya, SPG mampu menyalurkan 1,440 megawatt (MW) bekalan elektrik kepada grid nasional menerusi dua loji janakuasa tarbin gas kitaran gabungan (CCGT), masing-masing berkapasiti 720MW.

Advertisement

“SPG ini yang memulakan pembinaan pada Oktober 2017 bagi menggantikan Loji Janakuasa Sultan Iskandar yang juga terletak di Pasir Gudang. Loji janakuasa itu yang menjangkau usia 40 tahun pada tahun depan dihenti tugas pada Ogos 2022.

“Sultan Johor berkenan untuk merasmikan SPG yang dijangkakan dibuat pada tahun ini juga,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top