BM | EN | 中文

PKRC Olive B Hospital Permai untuk wanita, ibu mengandung dan kanak-kanak

PKRC-Olive-B-Hospital-Permai.jpg

Gambar Ehsan MKN Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 JUN: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Olive B Hospital Permai menjadi PKRC pertama di negara ini yang khusus menempatkan golongan wanita, ibu mengandung dan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru Datuk Abdul Rahman Salleh berkata pusat itu, yang mula beroperasi semalam, dijangka mampu menempatkan sehingga 585 pesakit tahap 1 dan 2.

‘Blok Olive B dipilih berdasarkan situasi yang berlaku sebelum ini sebagai langkah awal dan proaktif sekiranya peningkatan berterusan dan sebagai tambahan kepada PKRC Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang telah mencapai tahap penggunaan katil melebihi 90 peratus pada 25 Mei lepas.

Advertisement

‘(Bagaimanapun) maklumat yang saya dapat dari PKRC Stadium MPPG, pesakit wanita yang masih dikuarantin akan terus dikuarantin di sana sampai tarikh discaj dengan pusat di sini disediakan untuk pesakit baharu,’ katanya kepada pemberita selepas melawat PKRC Olive B Hospital Permai baru-baru ini.

Abdul Rahman berkata bangunan lima tingkat itu memiliki 40 bilik yang dilengkapi unit bagi menjalankan kegiatan riadah dan rekreasi, tempat menyusu, tempat rehat, ruang solat dan dewan di aras bawah yang mampu memuatkan 60 pesakit.

Pegawai Daerah Johor Bahru itu berkata antara kelebihan PKRC Olive B Hospital Permai ialah pusat itu mampu beroperasi dalam tempoh yang lebih lama berbanding institut latihan lain sekali gus mengurangkan kapasiti penggunaan PKRC Stadium Tertutup MPPG.

Advertisement

Beliau juga berkata pihaknya sentiasa bersiap siaga bagi meninjau lokasi lain untuk dijadikan PKRC awam ketiga di Johor Bahru jika trend jangkitan harian di negeri itu terus meningkat.

“Setakat ini di Johor, kita ada dua PKRC awam membabitkan PKRC Pasir Gudang yang dikendalikan Kementerian Kesihatan dan PKRC DB di Iskandar Puteri yang dikendalikan pihak swasta.

“Keadaan sekarang stabil namun kita perlu bersiap siaga mencari lokasi PKRC awam baharu di Johor jika peningkatan kes jangkitan terus meningkat,’ katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top