BM | EN | 中文

PKRC di Hospital Permai, Tampoi mula beroperasi hari ini

cover-covid-johor-01.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 JUN: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Hospital Permai, Jalan Tampoi di sini, yang mampu menempatkan sehingga 585 pesakit, mula beroperasi hari ini.

Menerusi hantaran dan gambar yang dimuat naik di laman Facebook Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor, PKRC awam kedua itu akan menempatkan pesakit wanita, ibu mengandung dan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

“PKRC di bangunan Olive B, Hospital Permai itu mula menerima pesakit hari ini dan menyasarkan untuk menempatkan pesakit wanita, ibu mengandung serta kanak-kanak berusia bawah 12 tahun bagi memastikan keselesaan dan keselamatan mereka terjaga,” menurut hantaran itu.

Advertisement

la merupakan PKRC ketiga di Johor selepas PKRC Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di sini dan PKRC DB Kompleks di Iskandar Puteri yang dikendalikan pihak swasta.

Kesemua PKRC menempatkan individu yang positif COVID-19 kategori satu dan dua iaitu tanpa gejala atau bergejala ringan.

Johor merekodkan 363 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di negeri itu sebanyak 64,639 kes dengan 450 kematian.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top