BM | EN | 中文

PKR Selangor bantu PH di PRN Melaka

amiruddin-shari-pkr-mb-selangor.png

Gambar Ehsan BH Online

Advertisement

KLANG, 28  OKT: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor akan membantu Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata pengerusinya, Datuk Seri Amirudin Shari

Katanya perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dengan Setiausaha Agung parti Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Ada sebahagian pemimpin sudah mula bergerak. Bagaimanapun ada kekangan kerana kempen sangat ketat dan tidak pasti cara hendak laluinya.

Advertisement

“Kekangan ketat kerana tidak boleh bersemuka dan berkumpul walaupun dalam fasa empat. Saya rasa konsistensi kerajaan perlu ada dalam hal ini,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau ditemui selepas melancarkan Jelajah Deepavali KEADILAN Selangor di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa baru-baru ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini menetapkan tiada sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya bermula 25 Oktober hingga 27 November hadapan.

Advertisement

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata larangan tersebut ditetapkan meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengumumkan tatacara operasi piawai (SOP) PRN dalam masa terdekat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top