BM | EN | 中文

PKR sasar bertanding separuh kerusi DUN Johor

PKR-Johor-syed-ibrahim-syed-noh.jpg

Gambar Ehsan FB Syed Ibrahim Syed Noh

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 OKT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor meletakkan sasaran untuk bertanding separuh daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata tumpuan akan diberikan kepada kerusi campuran memandangkan ia memberikan kelebihan kepada parti campuran seperti PKR.

“Potensl kami adalah kerusi-kerusi campuran…jIka kerusi itu tradislnya adalah campuran dan diberikan kepada parti yang mewakili semua kaum maka potensi untuk menang adalah besar.

Advertisement

“Namun, perkara Ini masih belum berada dalam perIngkat untuk diputuskan dan rundingan antara parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH).

“Jadi saya harapkan bila tiba masanya untuk diputuskan mereka akan bedri sokongan kepada PKR,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majils Penyerahan Bakul Makanan kepada seluruh cabang PKR Johor menerusi Program Jelajah Pedull Nadi Rakyat, di sini hari ini.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai antara kerusi DUN yang berpotensi ditandingi PKR Johor dalam PRU15.

Syed Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata PKR Johor pada masa sama sudah melakukan persediaan lebih 80 peratus bagi menghadapi PRU15 termasuk melantik penyelaras di peringkat Parlimen dan DUN.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top