BM | EN | 中文

PKR Johor tawar khidmat guaman percuma individu dikompaun RM10,000

jimmy-puah-PKR-Johor-Adun-Bukit-Batu.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 MAC: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor menawarkan khidmat guaman secara percuma (pro-bono) kepada individu yang dikompaun RM10,000 di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, ia bagi memastikan nasib rakyat terbela susulan kuatkuasa undang-undang tersebut.

“Tidak menjadi kesalahan apabila kerajaan menguatkuasakan sesuatu hukuman bertujuan mendidik rakyat agar mereka patuh kepada undang-undang.

Advertisement

“Tetapi kerajaan juga perlu mengambil kira keadaan semasa rakyat yang terhimpit dengan masalah ekonomi seperti kehilangan kerja, pendapatan dipotong atau perniagaan merosot kesan daripada pandemik Covid 19.

“Sudah tentu nilai RM10,000 besar buat mereka untuk teruskan kehidupan,” kata Jimmy dalam satu kenyataan semalam.

Bermula 11 Mac, hukuman kompaun berjumlah RM10,000 hingga RM100,000 dan penjara maksimum tujuh tahun keatas individu atau syarikat yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak Covid-19.

Advertisement

Tambah Jimmy, kerajaan turut wajib bersikap adil dan tidak memilih kasih atau membezakan darjat antara hukuman kepada rakyat biasa dengan wakil rakyat kerajaan.

Katanya, jika rakyat dikompaun RM10,000, maka menteri juga patut dikompaun dengan jumlah yang sama.

“Tolong jangan ulangi peristiwa dimana ‘Makcik Gelang Pink’ dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8,000.

Advertisement

“Tetapi Khairuddin, Menteri Perusahaan Ladang dan Komoditi cuma didenda RM1,000, walhal keduanya melakukan kesalahan yang sama iaitu ingkar arahan kuarantin,” katanya lagi.

Beliau turut mencadangkan kerajaan melaksanakan kompaun secara berperingkat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top