BM | EN | 中文

PKR Johor sokong inisiatif “pecat atau kekal” anjuran Bersih 2.0

jimmy-puah-adun-bukit-batu.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 JUN: Parti KEADILAN Rakyat (PKR) Johor menyokong inisiatif “Pecat atau Kekal” yang dilancarkan Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih 2.0).

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pihaknya akan memerhatikan latihan simulasi itu yang akan dimulakan di kawasan P158 Tebrau, parlimen yang dimenangi Pakatan Harapan pada pilihanraya umum ke-14.

“Anggota parlimen itu, Steven Choong membelot untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional pada bulan Februari tahun ini.

Advertisement

“Bagi kami, pembelotan ahli parlimen Tebrau sama dengan pengkhianatan terhadap amanah rakyat dan sangat mengecewakan banyak pihak,” kata Jimmy dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, inisiatif Bersih 2.0 perlu disokong bertujuan mengembalikan kepercayaan pengundi terhadap sistem demokrasi dan pilihan raya yang terhakis oleh tindakan tidak bertanggungjawab tersebut.

Katanya lagi, tindakan itu dilakukan oleh bukan sahaja ahli parlimen Tebrau, tetapi banyak pihak semenjak “Langkah Sheraton”.

Advertisement

Adun Bukit Batu itu berkata, kempen “Pecat atau Kekal” juga berfungsi sebagai peringatan kepada mana-mana wakil rakyat bahawa niat khianat mereka akan mengakibatkan kesan yang buruk kepada kawasan diwakili mereka.

“Kami memberikan komitmen penuh terhadap latihan ini dan akan menggerakkan anggota parti kami untuk membantu perkara yang sama.

“Kami berharap latihan simulasi di Tebrau ini akan menjadi salah satu cara yang perlu dilakukan oleh kerajaan pada masa akan datang.

Advertisement

“Ia sebagai cara untuk mendesak wakil rakyat bertanggungjawab kepada pengundi mereka dan akhirnya memberikan kestabilan terhadap lanskap politik kita,” kata Jimmy lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top