BM | EN | 中文

PKR Johor jelajah lima daerah, sampaikan bantuan banjir, Covid-19

PKR-Johor-bantuan-covid-19-dan-banjir.jpg
Advertisement

SEGAMAT, 7 FEB: PKR Johor hari ini menjelajah ke lima daerah di negeri ini untuk menyampaikan bantuan kepada 1,200 penerima yang terjejas akibat banjir selain mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, bantuan itu disampaikan di lima daerah iaitu Ledang, Batu Pahat, Kluang, Iskandar Puteri dan Kota Tinggi.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh

Konvoi dimulakan pada jam 9 pagi tadi bermula di pejabat PKR Ledang di Tangkak dan turut disertai kira-kira 15 anggota parti itu yang datang dari pelbagai cabang di negeri ini.

Advertisement

Syed Ibrahim yang juga ahli parlimen Ledang berkata, antara barangan diserahkan itu berupa pelbagai barangan keperluan dan makanan asas dengan nilai RM80,000 yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

“Ini merupakan satu usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh PKR negeri Johor, kerana kita tidak boleh biarkan dan harapkan hanya kerajaan.

“Apa yang diberikan oleh kerajaan itu sendiri tidak mencukupi selain banyak masalah dihadapi akibat kegagalan mereka.

Advertisement

“Oleh itu kita sama-sama kena jaga rakyat. Kita juga bimbang kalau-kalau bantuan kerajaan yang sepatutnya disalurkan kepada mereka tidak kesampaian,” kata Syed Ibrahim pada majlis pelepasan konvoi jelajah Majlis Pimpinan PKR Johor, bantuan bajjir dan Covid-19 disini, hari ini.

Sementara itu pengarah program, Ysahrudin Kusni berkata bantuan, meskipun arangan yang diberikan hanya sederhana nilainya, namun ada pihak yang sangat memerlukan buat masa ini.

“PKR Johor hanya mengagih-agihkan barangan yang telah diamanahkan. Penerima telah pun dimaklumkan olegh cabang, dan pihak kami akan menyampaikan.

Advertisement

“Semua urusan yang dilakukan hari ini turut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan KKM.

“Kita dari parti PKR juga sentiasa mendekati masyarakat dan prihatin dengan masalah mereka,” katanya lagi.

Beliau yang juga Adun Bukit Naning dalam pada itu turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada kerajaan Selangor dan Negeri Sembilan yang cakna dengan masalah rakyat Johor dan bermurah hati untuk menyampaikan bantuan.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top