BM | EN | 中文

PKR ADA 12 CALON ISI JAWATAN PENGERUSI NEGERI JOHOR, KATA ANWAR

Hassan-Karim.jpeg

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim

Advertisement

BATU PAHAT, 7 SEPT: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata  terdapat 12 calon yang berkelayakan bagi mengisi jawatan pengerusi PKR Johor bagi menggantikan tempat Hassan Abdul Karim.

Anwar, yang juga presiden PKR, berkata nama-nama calon tersebut timbul selepas, Hassan menyatakan hasrat melepaskan jawatannya, Julai lalu.

“Dia (Hassan) telah mengambil keputusan dan saya telah beri dia ruang yang panjang untuk fikir semula.

Advertisement

“Tapi saya fikir untuk mengambil keputusan untuk terima (keputusan Hassan melepaskan jawatan) dan akan bincang dengan kepimpinan tentang apa yang harus kita lakukan selepas ini,” katanya kepada wartawan.

Presiden PKR, merangkap Ahli Parlimen Port Dickson, bagaimana tidak menamakan siapa calon-calon yang dimaksudkannya itu.

Anwar berkata demikian ketika ditemui selepas Seminar Negara Bangsa: Bahasa Melayu Identiti Negara di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Batu Pahat disini hari ini.

Advertisement

Hassan, yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, mengumumkan hasrat mengundurkan diri buat kali kedua, Julai lalu.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top