BM | EN | 中文

PKPP: Pertandingan sukan melibatkan penonton belum dibenarkan

penyokong-jdt.png

Gambar Ehsan MStar

Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Selaras Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP)

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusannya hari ini berkata ia termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan dan aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan.

Antaranya acara seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain dan aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan.

Advertisement

“Yang masih tidak dibenarkan ialah pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam, dan sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bolasepak, bola keranjang dan hoki.,” katanya.

Kerajaan mengumumkan PKPP bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PKPP ini lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi SOP secara berterusan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top