BM | EN | 中文

PKPP: Pelancongan dalam negara dibenarkan

Pulau-Rawa-Maldives-of-Johor-scaled.jpg

Gambar Hiasan / Ehsan rickshawasia.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara dan tiada lagi sekatan rentas negeri, aktiviti pelancongan dalam negara akan dibenarkan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusannya hari ini berkata, kelonggaran itu berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang diumumkan harii ini.

Katanya, dalam tempoh pemulihan menuju normalisasi ini, beberapa aktiviti dan sektor di dalam senarai negatif semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilonggarkan atau dibuka berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Advertisement

“Jadi saudara-saudari bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu atau new normal setelah hampir tiga bulan tidak ke mana-mana.

“Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara kita masih ditutup,” kata Muhyiddin.

Kerajaan hari ini mengumumkan PKPP bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini bagi menggantikan PKPB.

Advertisement

Dalam pada itu kata Muhyiddin beberapa aktiviti dan sektor di dalam senarai negatif semasa PKPB akan dilonggarkan atau dibuka berdasarkan SOP yang ditetapkan.

“Umpamanya, waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu yang melibatkan pemilik premis dan pelanggan.

“Penjarakan sosial, penggunaan pelitup muka di tempat awam dan membasuh tangan menggunakan sabun atau hand sanitizer merupakan kebiasaan baharu yang mesti diamalkan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top