BM | EN | 中文

PKPP: Lebih banyak migran dijangka cuba masuk – Polis Johor

rohingya-tldm.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 JUN: Pihak berkuasa menjangkakan lebih banyak migran akan cuba menyusup masuk ke negeri ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang menyaksikan semakin banyak sektor ekonomi mula dibuka.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jangkaan itu berdasarkan pada beberapa percubaan kemasukan migran yang berjaya digagalkan oleh pihak berkuasa akhir-akhir ini menerusi pelbagai operasi yang dilakukan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan

Katanya semalam pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), tentera dan polis marin berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk 20 migran di kawasan daratan berhampiran ladang di Kota Tinggi.

Advertisement

“Jadi daripada ini, dapat nampak setiap hari, setiap minggu ada cubaan masuk …bagaimanapun, mereka menghadapi kesukaran kerana pihak berkuasa telah berjaya tangkap hampir 95 peratus tekong darat, tekong laut dan ‘transporter’ untuk kawasan pantai timur Johor ke Batam dan Bintan, Indonesia.

“Pada masa sama, kawalan di perairan Indonesia juga telah diperketatkan,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya tentang kecenderungan migran untuk menyusup masuk ke Malaysia susulan ramai tenaga kerja akan diperlukan oleh sektor ekonomi yang dibuka semula susulan pelaksanaan PKPP.

Advertisement

Pada 7 Jun lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPP akan dilaksanakan bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos sebagai menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Susulan pengumuman itu, lebih banyak kelonggaran akan diberikan kerana hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada prosedur operasi standard (SOP).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top