BM | EN | 中文

PKPD UTM beri impak psikologi, kesihatan mental warga kampus

UTM-PKPD-1.jpg

Gambar Ehsan FB UTM

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 MEI: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berharap kadar jangkitan COVID-19 di kampus induk UTM di Skudai yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) semakin menurun dan kembali pulih.

Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata ini adalah kerana kesan daripada kerisauan dan kebimbangan terhadap virus yang melanda universiti itu dilihat telah memberi impak psikologi dan turut menjejaskan kesihatan mental segelintir warga kampus yang terlibat dengan PKPD berkenaan.

PKPD yang bermula pada 21 Mei lepas sehingga 3 Jun itu melibatkan 3240 individu termasuk 2,227 pelajar.

Advertisement

“Kita berharap kadar jangkitan COVID-19 di kampus ini akan semakin menurun menjelang Jun ini. Tidak dinafikan emosi dan mental mereka memang terkesan.

“Namun banyak pihak yang memberikan bantuan termasuk Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah yang juga Canselor UTM,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pemberita selepas Operasi Sanitasi Awam Bersepadu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor di sini semalam.

Advertisement

Setakat Ahad lepas, sebanyak 64 kes direkodkan melibatkan kluster Lingkaran Ilmu UTM di Skudai hasil saringan 838 kontak yang dilakukan.

Sementara itu, Pengarah JBPM Johor Datuk Yahaya Madis berkata pihaknya menggerakkan 62 pegawai dan anggota bagi menjalankan Operasi Sanitasi Awam Bersepadu di UTM bermula 11.17 pagi tadi bagi membantu mengawal penularan jangkitan COVID-19 di kampus berkenaan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top