BM | EN | 中文

PKPD Penjara Kluang: Pejabat Adun Mengkibol serah pelbagai bantuan bernilai RM20,000

Pejabat-Adun-Mengkibol-serah-pelbagai-bantuan-bernilai-RM20000-ke-Penjara-Kluang.png
Advertisement

KLUANG, 22 DIS: Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol mengagihkan pelbagai sumbangan dengan nilai keseluruhan RM20,000 kepada petugas barisan hadapan di Penjara Kluang, Kampung Gajah baru-baru ini.

Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata sumbangan itu termasuk 5,000 keping pelitup muka, 1,000 set pakaian perlindungan diri (PPE), 100 karton air mineral selain makanan kering bernilai RM1,000 dan bekalan telur mentah sebanyak 4,500 biji.

Menurut beliau, barangan tersebut merupakan sumbangan dari pelbagai pihak termasuk dari Pejabat DUN Mengkibol, orang ramai dan pihak swasta seperti Kelab Lion, ZenXin Organic Farm, persatuan penganut agama Buddhia, TKC Mask dan sebagainya.

Advertisement

Tambah beliau, barangan tersebut sebagai sunbangan bagi persediaan kepada warga dan kakitangan Penjara Kluang yang berdepan dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 31 Disember nanti.

“Semua pekerja penjara, ahli keluarga pekerja, tahanan, jumlah lebih kurang 5,000 orang akan diminta menjalani saringan.

“Saya juga dimaklumkan oleh Pengarah Penjara, TKP Wan Ramzan Wan Ahmad bahawa situasi terkawal, tiada kes baru dikesan setakat ini.

Advertisement

“Warga Kluang, tidak perlu risau tetapi jangan lupa sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sembang rapat,” kata Chong Sin dalam satu kenyataan.

Terdahulu sebelum itu pihaknya telah tiga kali menyampaikan bantuan ke Penjara Kluang iaitu pada 15 April, 20 Julai dan 17 September lalu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top