BM | EN | 中文

PKPD dilaksana di UTM dari 21 Mei hingga 3 Jun

Universiti-Teknologi-Malaysia-UTM.jpg

Gambar Ehsan UTM

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 MEI: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor mulai Jumaat (21 Mei) hingga 3 Jun, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ini berikutan sebanyak 49 kes positif COVID-19 telah direkodkan setakat ini hasil daripada 346 ujian saringan yang dijalankan ke atas penghuni Kolej Datin Seri Endon, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Tun Dr Ismail, Kolej 9 dan 10 serta Pusat Kesihatan.

“Kementerian Kesihatan KKM juga melaporkan kadar positiviti yang tinggi iaitu 14.2 peratus serta taburan kes positif serta kontak rapat telah menular di beberapa kolej lain.

Advertisement

“Pelaksanaan PKPD ini adalah untuk memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta menyekat penularan jangkitan ke kawasan luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, 49 kes positif dikesan hasil saringan ke atas 346 penghuni Kolej Datin Seri Endon, Kolej Tun Hussein Onn, Kolej Tun Dr Ismail, Kolej 9 dan 10 serta Pusat Kesihatan.

PKPD itu dilaksanakan kurang dua minggu selepas 1,983 pelajar UTM di Skudai dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri mulai 7 hingga 12 Mei dan kembali ke kampus pada 15 hingga 20 Mei.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top