BM | EN | 中文

PKPD di Simpang Renggam tamat esok

Simpang-Renggam-PKPD.jpg
Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 27 APR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Johor akan ditamatkan esok.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media yang disiarkan secara langsung sebentar tadi.

Beliau berkata, bagaimanapun PKPD Sungai Lui yang membabitkan pusat tahfiz disambung seminggu lagi sehingga 5 Mei ini.

Advertisement

“Segala sekatan, lockdown dan sebagainya akan ditarik balik di PKPD Simpang Renggam ini,” kata beliau pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dua kawasan petempatan tersebut berada di bawah PKPD sejak 27 Mac lalu menempatkan 3,570 orang penduduk daripada 650 keluarga.

Penduduk tidak dibenarkan meninggalkan rumah manakala bukan penduduk dilarang masuk ke kawasan itu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top