BM | EN | 中文

PKPD di Pusat Pemulihan Akhlak Muar dilanjutkan ke 20 Januari

PKPD-di-Pusat-Pemulihan-Akhlak-Muar-dilanjutkan-ke-20-Januari.png
Advertisement

MUAR, 5 JAN: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor yang dijadualkan tamat esok dilanjutkan lagi sehingga 20 Jan ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di lokaliti itu yang dijadualkan berakhir esok dilanjutkan sehingga 20 Jan selepas menerima nasihat dan penilaian risiko oleh KKM mengenai situasi di kawasan tersebut.

“KKM telah menjalankan 827 ujian saringan COVID-19 di kawasan ini dan sehingga kini 40 kes positif direkodkan. KKM juga sahkan masih terdapat pertambahan kes positif harian yang direkodkan dan baki 38 sampel saringan masih menunggu keputusan,” katanya.

Advertisement

Selain itu, PKPD di Apartment Amber Court di Jalan Genting, Bentong turut dilanjutkn bagi tempoh sama.

Ismail berkata ujian saringan kedua masih perlu dijalankan kepada sebahagian kontak rapat dan terdapat risiko jangkitan yang tinggi di lokaliti terbabit.

“Sehingga kini 1,180 ujian saringan COVID-19 telah dilakukan dan daripada jumlah itu 454 kes positif direkodkan,” katanya dalam sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Advertisement

Tambah Ismail, pekerja warga asing yang tidak dihantar oleh majikan untuk melakukan saringan COVID-19 akan ditamatkan permit kerja dan dianggap tidak sah untuk bekerja di negara ini.

Terdahulu Bernama melaporkan Ismail sebagai berkata, perkara itu telah dibincangkan dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan majikan terus mematuhi arahan yang dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) itu.

Bermula 1 Dis 2020, kerajaan telah mengarahkan semua pekerja warga asing khususnya di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan untuk menjalani ujian saringan COVID19 dan kos ujian saringan ditanggung oleh majikan masing-masing.

Advertisement

“Sehingga 4 Jan lepas, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 99,163 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 3,536 majikan.

Daripada jumlah itu sebanyak 2,079 telah disahkan positif COVID-19 manakala 97,084 lagi adalah negatif,” katanya yang turut memaklumkan sebanyak 758 buah klinik terlibat dengan program saringan berkenaan.

Mengenai pasukan petugas operasi pematuhan, Ismail Sabri berkata polis menahan 152 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) semalam termasuk tidak memakai pelitup muka dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan atau merekodkan butiran diri.

Advertisement

Katanya jumlah tangkapan melibatkan premis pub dan kelab malam pada 1 Jan lepas juga mencecah 623 kes.

“Saya telah dimaklumkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bahawa mereka telah menulis surat kepada kerajaan-kerajaan negeri bagi mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri masing-masing mengambil tindakan lebih tegas kepada pemilik-pemilik premis pub dan kelab malam termasuk menarik lesen operasi serta menyenarai hitam premis terlibat,” katanya.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top