BM | EN | 中文

PKPD di Penjara Simpang Renggam, kuarters kakitangan Kluang mulai hari ini

Simpang-Renggam_penjara.jpg
Advertisement

KLUANG, 1 FEB: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Simpang Renggam dan Kuarters Kakitangan Kluang, Johor, berikutan peningkatan mendadak kes positif Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu akan berkuatkuasa hari ini sehingga 14 Februari.

“Sehingga 29 Januari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan 198 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 108 kes positif Covid-19 direkodkan membabitkan 100 tahanan, enam kakitangan dan dua kontak rapat.

Advertisement

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di kawasan itu bermula 1 Februari sehingga 14 Februari,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPD itu bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar kepada semua tahanan, kakitangan dan kontak rapat untuk memastikan tiada penularan jangkitan dalam komuniti.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) PKPD adalah sama seperti diumumkan sebelum ini.

Advertisement

Tambah beliau, pergerakan keluar masuk dan lawatan oleh ahli keluarga adalah tidak dibenarkan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top