BM | EN | 中文

PKPD di Mukim Endau dan Triang, Mersing tamat hari ini

endau-mersing-johor.jpg
Advertisement

PUTRAJAYA, 2 MEI: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Endau dan Triang, Mersing di Johor ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata turut ditamatkan PKPD adalah di Sekolah Menengah Ugama (SMU)(Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat, Kelantan.

Beliau berkata, kedua-dua PKPD itu ditamatkan selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati ia menunjukkan trend penurunan kes.

Advertisement

“Kerajaan sebelum ini melaksanakan PKPD di SMU (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut yang dijadualkan tamat pada 13 Mei ini.

“Sehingga kini, KKM sudah menjalankan 329 ujian saringan dengan 181 daripadanya disahkan positif COVID-19,” katanya, lapor BH Online.

Ismail Sabri berkata, KKM juga mendapati berlaku penurunan kes dan kluster yang kini terkawal, manakala semua kes positif diasingkan dan dimasukkan ke pusat kuarantin.

Advertisement

Katanya, Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan nasihat KKM membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi bersetuju menamatkan PKPD di kawasan terbabit hari ini, kira-kira 10 hari lebih awal daripada yang dijadualkan.

“Kerajaan sebelum ini mengarahkan PKPD dilaksanakan di Mukim Endau, Triang dan Mersing di Johor.

“Sepanjang tempoh itu, KKM merekodkan tiga kes positif COVID-19 hasil daripada 202 ujian saringan di kedua-dua lokaliti itu.

Advertisement

“KKM juga mengesahkan trend kes menurun dengan kluster adalah terkawal, selain semua kes positif diasingkan dan dimasukkan ke pusat kuarantin, manakala kes terakhir direkodkan pada 25 April lalu iaitu dua kes.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Mukim Endau, Triang, Mersing di Johor pada 3 Mei seperti yang dijadualkan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top