BM | EN | 中文

PKPD di FELDA Kahang Timur, Kluang 12 – 25 Mei

pkpd-kahang-timur.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di FELDA Kahang Timur, Kluang, Johor mulai Rabu (12 Mei) hingga 25 Mei ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan berlaku peningkatan jumlah kes dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.

“Di FELDA Kahang Timur, PKPD diperlukan kerana taburan kes yang menyeluruh memerlukan tindakan kawalan dan pencegahan kawalan yang lebih besar.

Advertisement

“Susulan itu semua aktiviti yang berisiko tinggi dihentikan.

“PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta menyekat penularan jangkitan kes COVID 19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti tersebut,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan mengenai perkembangan PKP, semalam.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top