BM | EN | 中文

PKPD di FELDA Inas, Kulai 11 hingga 24 Jun

felda-inas-kulai.jpg
Advertisement

KULAI, 9 JUN: Felda Inas di Kulai antara lokaliti di Johor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai Jumaat ini hingga 24 Jun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

KKM mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes di lokaliti ini apabila sebanyak 43 kes positif direkodkan hasil daripada 410 orang yang disaring dengan kadar positiviti 10.5 peratus.

Keputusan itu dibuat selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.

Advertisement

Selain itu beberapa lokaliti di Sabah, Sarawak, Pahang, Johor dan Kelantan turut dikenakan PKPD.

Lokaliti di Sabah yang dikenakan PKPD ialah Kampung Singgahmata, Pulau Banggi dan Kampung Sin San di Kudat serta Perumahan Kilang, Ladang Ong Yah Hoo di Kinabatangan; manakala di Sarawak membabitkan Kampung Sinar Budi Baru, Kuching.

Di Pahang, PKPD dilaksanakan di Felda Tembangau 1 dan 3 dekat Bera; serta Felda Jengka 7, Maran selain Kampung Kutan Tengah dan Kampung Ketil di Tumpat, Kelantan.

Advertisement

“PKPD ini untuk memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin, mengawal pergerakan penghuni di lokaliti terlibat dan seterusnya mengekang penularan jangkitan wabak ke komuniti lain: katanya dalam kenyataan mengenai PKP, hari ini.

Sementara itu, PKPD di Felda Tersang 1,2 dan 3 dekat Raub, Pahang dilanjutkan mengikut tempoh sama berikutan masih terdapat penularan kes dalam kalangan penduduk, selain kes baharu direkodkan dan terdapat 217 lagi ujian saringan sedang menunggu keputusan.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top