BM | EN | 中文

PKPD Asrama Pekerja Bukit Pasir di Muar ditamatkan

Asrama-Pekerja-Kejora-Juara-Bukit-Pasir.jpg
Advertisement

MUAR, 30 JAN: Kerajaan semalam mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Kejora Juara, Bukit Pasir di Muar, Johor, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan 2,258 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 1,837 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

“Bagaimanapun KKM mengesahkan kesemua kes positif yang dimasukkan ke wad dan isolasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) telah sembuh sepenuhnya dan tiada lagi sampel menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Dalam pada itu beiau memaklumkan PKPD di Blok Gemilang, Blok Harapan, Blok Jaya dan Blok Abadi (PKRC) di Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA), Taiping, Perak turut ditamatkan.

Ismail Sabri dilaporkan Bernama sebagai berkata kerajaan sebelum ini telah melanjutkan PKPD di lokasi terbabit kerana terdapat sampel saringan masih menunggu keputusan dan banduan di Pusat Transit Penerimaan (PTP) masih dalam rawatan Di PKRC KEMTA.

“KKM mengesahkan kesemua tahanan di PKRC KEMTA telah sembuh serta didiscaj dari PKRC serta tiada lagi kes positif baharu yang dilaporkan,” katanya.

Advertisement

Mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) , katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 413 individu melibatkan 396 orang dikompaun dan 17 direman sehingga 28 Jan.

Selain daripada itu, seramai 32 pendatang tanpa izin ditahan serta dua kenderaan darat dirampas dalam Operasi Benteng.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top