BM | EN | 中文

PKPD: 2,687 orang berada di UTM

UTM-PKPD.jpg

Gambar Ehsan UTM

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 MEI: Seramai 2,687 orang berada di dalam kawasan kampus induk Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula hari ini hingga 3 Jun ini.

Pegawai Daerah Kulai Zainor Adani berkata, daripada jumlah itu seramai 2,131 orang adalah pelajar yang tinggal di kolej kediaman, manakala 556 orang adalah kakitangan termasuk ahli keluarga di kampus berkenaan.

“Berdasarkan data yang diterima oleh Bilik Gerakan PKPD UTM, sehingga kini sebanyak 54 kes positif daripada 351 saringan yang dilaksanakan, manakala 223 adalah negatif dan 74 masih menunggu keputusan daripada Kluster Lingkaran Ilmu.

Advertisement

“Ujian saringan dan pengesanan kontak masih dilakukan di kampus berkenaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kulai, dengan kerjasama Pusat Kesihatan UTM,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Zainor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kulai berkata, pihaknya akan mengambil alih pengurusan di dalam kawasan PKPD UTM dan bilik gerakan telah diaktifkan bagi menyelaras proses pengurusan, diketuai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kulai.

Polis Diraja Malaysia akan mengetuai hal berkaitan keselamatan yang akan dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Polis Bantuan UTM, manakala agihan sumbangan, bantuan dan bekalan makanan akan diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Angkatan Pertahanan Awam.

Advertisement

PKPD UTM melibatkan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Pejabat Daerah Kulai, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Perbandaran Kulai dan Pejabat Kadi Daerah Kulai.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD akan dilaksanakan di kampus berkenaan mulai 21 Mei hingga 3 Jun.

Ia berikutan 49 kes positif Covid-19 direkodkan hasil daripada 346 ujian saringan yang dijalankan ke atas penghuni kolej kediaman dan Pusat Kesihatan kampus itu.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top