BM | EN | 中文

PKPB: Polis Johor takkan bertolak ansur pihak tak patuh SOP

Ayob-Khan-Polis-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 DIS: Polis Johor tidak akan bertolak ansur dengan semua pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan disemua daerah yang dikenakan PKPB mulai esok.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya akan mengerakkan pasukan khusus bagi melakukan pemantauan dan ‘snap check’ SOP, yang turut disertai pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Kita tidak akan lagi bertolak ansur, sebab semuanya bergantung kepada pematuhan SOP, kita akan perketat dan tingkatkan lagi pematuhan bermula 12 tengah malam ini.

Advertisement

“Jangan nanti kita keluarkan kompaun dan saman, ditangkap dan sebagainya banyak pula rungutan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Batu Pahat, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Menurutnya, daripada 23 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh Johor, hanya 13 yang masih lagi dikekalkan bagi penugasan Ops Benteng bagi mengekang penyeludupan manusia di kawasan pantai timur dan barat negeri itu.

Semalam Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata PKPB dilaksanakan di Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai mulai esok sehingga 20 Dis, manakala PKPB di Mersing tamat pada hari ini dan PKPB Kota Tinggi dilanjutkan dari 7 hingga 20 Dis.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top