BM | EN | 中文

PKPB: KTMB tawar diskaun tambang untuk ETS dan KTM Antarabandar

stesen-KTMB-Kluang.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun tambang sehingga 50 peratus untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar (KTM Intercity) mulai hari ini hingga 9 Nov.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Datuk Ir Kamarulzaman Zainal berkata tawaran diskaun itu adalah bagi perjalanan ke mana-mana destinasi sedia ada melibatkan enam perkhidmatan ETS dan lapan KTM Antarabandar ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Usaha ini dilakukan memandangkan jumlah penumpang bagi kedua-dua perkhidmatan tersebut mengalami penurunan yang ketara sejak pelaksanaan PKPB.

Advertisement

“Ketika ini, kedua-dua perkhidmatan itu masih beroperasi bagi laluan di antara Stesen Tumpat, Johor Bahru, Gemas, KL Sentral, Ipoh, Butterworth dan Padang Besar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan membuat pembelian secara dalam talian di laman sesawang KTMB atau menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top