BM | EN | 中文

PKPB Klang: Adun Sungai Kandis, Sentosa sedia keperluan asas bantu penduduk terjejas

PKPB-Klang.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 9 OKT: Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dan Sentosa menyediakan barangan dapur dan keperluan asas dan kesihatan kepada penduduk di mukim Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Adun Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, penduduk yang memerlukan bantuan boleh menghubungi pegawai pusat khidmat DUN dengan segera.

“Penduduk juga boleh menghubungi ahli majlis atau ketua-ketua kampung tradisi. Anda juga boleh meninggalkan pesanan di Facebook ‘N49 Dun Sungai Kandis’, kita akan beri maklum balas,” katanya, lapor Media Selangor.

Advertisement

Beliau berkata keadaan terkawal meskipun terdapat sekatan jalan raya di sebahagian DUN Sungai Kandis melibatkan Taman Seri Andalas, kawasan Seri Damak, Seri Siantan, Seri Tanjung dan Seri Banang menghala ke Taman Rakyat.

“Untuk makluman, sekolah, rumah ibadat, pasar pagi dan malam juga sudah ditutup atas sebab keselamatan,” katanya lagi.

Sementara itu, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menyediakan pek makanan asas untuk keperluan penduduk terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Advertisement

Adun Sentosa, G Gunarajah

Adun Sentosa, G Gunarajah berkata, barangan tersebut yang telah disediakan mengikut permintaan boleh diperolehi di pejabatnya dengan menghubungi talian 03-3381 7602.

“PKPB selama dua minggu kita harap masyarakat bersiap sedia dengan bekalan makanan di rumah kerana kebanyakan mereka tidak boleh bekerja dan sebagainya,” kata Gunarajah.

Beliau menjelaskan antara kawasan di DUN Sentosa dikenakan PKPB susulan peningkatan kes positif Covid-19 adalah Bandar Bukit Tinggi, Taman Sentosa, Jalan Dato’ Dagang dan pinggiran Andalas.

Advertisement

Beliau menambah akan melawat semua kawasan itu bagi melihat sendiri aktiviti harian penduduk dan operasi perniagaan bermula hari ini selain mendapatkan maklumat lanjut mengenai kawalan laluan keluar masuk daripada polis.

PKPB dilaksanakan di 36 kawasan di mukim Klang bermula hari ini hingga 23 Oktober sebagai langkah pencegahan wabak berkaitan di daerah Klang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top