BM | EN | 中文

PKPB dikuatkuasa di Selangor, KL dan Sabah

PKPB-scaled.jpg
Advertisement

PUTRAJAYA, 12 OKT: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB ) dikenakan semula ke atas negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober sehingga 27 Oktober ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakub, pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini berkata, PKPB itu terpaksa dilaksanakan susulan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan dan penularan kes, seperti di Klang di Petaling dan Gombak serta daerah-daerah lain.

“Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus merebak, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam,14 Oktober hingga 27 Oktober 2020,” katanya.

Advertisement

Antara aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, kata Ismail Sabri yang juga adalah menteri pertahanan, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Selain itu, katanya, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan manakala semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

Advertisement

“Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup. Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.

“Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa,” katanya.

Pada sidang medianya itu, Ismail Sabri berkata sidang khas MKN juga mendengar pengesahan KKM berhubung peningkatan kes-kes positif di Sabah dan keberkesanan PKPB yang dilaksanakan di beberapa daerah di negeri itu seperti di Lahad Datu, Tawau, Kunak, Semporna, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

Advertisement

“Sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di seluruh negeri Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 26 Oktober.

Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi juga dalah hampir sama seperti yang dilkasankan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ismail Sabri juga berkata, kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan masih dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhui SOP ketat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top