BM | EN | 中文

PKPB di Johor bukan ‘tiket’ bergerak bebas

ulu-benut.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 MEI: Sedikit kelonggaran melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bukan ‘tiket’ untuk orang ramai di negeri Johor untuk bergerak bebas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata ia adalah tempoh bagi semua untuk mula mempraktikan dan menyesuaikan diri dengan satu norma baru.

Antara norma baharu ini merangkumi perkara-perkara seperti berikut:-

Advertisement

1. Mengamalkan langkah-langkah kesihatan

– Penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter, sebaik-baiknya 2 meter dalam semua keadaan.
– Memakai Facemask digalakkan setiap masa, diwajibkan dalam keadaan tertentu.

2. Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi

Advertisement

– Kerap mencuci tangan dengan menggunakan sabun atau hand sanitizer
– Majikan atau peniaga perlu menyediakan kemudahan ini untuk pekerja dan pelanggan.
– Memastikan pembersihan (sanitizing) premis dibuat pada kadar yang kerap dan konsisten, sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

3. Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan

– Memastikan terdapat protocol pemantauan penyakit dan pencegahan penularan jangkitan.
– Kesemua pekerja diperiksa setiap hari untuk mengenalpasti symptom COVID-19 termasuklah pemeriksaan suhu badan.
– Di kawasan penjarakan sosial tidak boleh diamalkan, pekerja mesti menggunakan peralatan perlindungan PPE yang sesuai.
– Melaporkan kepada Jabatan Kesihatan sekiranya terdapat maklumat mengenai jangkitan COVID-19.
– Melatih pekerja untuk memantau dan bertindak sekiranya disyakit terdapat kes yang timbul.

Advertisement

4. Mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan

– Aktiviti sosial melibatkan perhimpunan ramai seperti panggung wayang, stadium bola sepak dan kelab malam tidak dibenarkan.
– Aktiviti sukan berpasukan atau melibatkan sentuhan (contact) tidak dibenarkan.
– Majlis kenduri kendara / rumah terbuka / aktiviti perayaan atau keagamaan tidak dibenarkan.

Dalam pada itu katanya, semasa PKPB adalah dinasihatkan agar semua industri termasuk peruncitan mematuhi panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Advertisement

“Paling penting, memastikan kebersihan premis, pengurusan pelanggan yang merangkumi aspek penjarakan sosial dan transaksi tanpa sentuhan, saringan kesihatan dan penggunaan sanitizer,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top