BM | EN | 中文

PKPB: Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan penduduk di Selangor, KL dan Sabah

majlis-keselamatan-negara-MKN.png
Advertisement

PUTRAJAYA, 12 OKT: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan senarai aktiviti-aktiviti yang tidak dibenarkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah.

PKPB dikenakan semula ke atas Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober sehingga 27 Oktober ini.

Manakala PKPB di seluruh negeri Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam ini sehingga 26 Oktober.

Advertisement

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakub, pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini berkata senarai aktiviti di bawah tidak dibenarkan berdasarkan beberapa justifikasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi di Sabah hampir sama seperti yang dilaksanakan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ismail Sabri juga berkata, kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan masih dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhui SOP ketat.

Advertisement

Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut seperti dikeluarkan MKN dalam kumpulan telegram:

• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

Advertisement

• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah DITUTUP.

• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.

Advertisement

• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih
dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top