BM | EN | 中文

PKPB: Ahli parlimen Kulai persoal percanggahan kebenaran operasi pusat jagaan kanak-kanak

teo-nie-ching-pkpb-dewan-rakyat.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 NOV: Ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching meminta penjelasan kerajaan berhubung penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) keatas operasi tadika, pusat penjagaan kanak-kanak dan institusi pendidikan swasta.

Beliau pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini berkata, wujud percanggahan arahan di antara negeri-negeri zon hijau dan bukan hijau seperti di Melaka, Pahang dan Johor.

“Tadika dan semua institusi pendidikan swasta di Pahang diarah tutup sejak 9 November. Walau bagaimanapun, pusat jagaan kanak-kanak dibenarkan beroperasi kerana Pahang adalah zon hijau.

Advertisement

“Tadika dan institusi pendidikan swasta di Pahang masih ditutup sehingga hari ini. Walaubagaimanapun, tadika dan institusi pendidikan swasta di Johor dan Melaka kini dibenarkan beroperasi kerana PKPB di Johor dan Melaka telah berakhir.

“Sekiranya tadika dan institusi pendidikan swasta dibenarkan beroperasi di negeri bukan PKPB, mengapa tadika dan institusi pendidikan swasta di Pahang diarah untuk ditutup sejak 9 November?

“Sekiranya tidak selamat untuk tadika dan institusi pendidikan swasta beroperasi di Pahang, maka mengapa pusat jagaan kanak-kanak di Pahang tidak diarah ditutup? kata Nie Ching.

Advertisement

Pahang adalah negeri zon hijau tidak termasuk dalam penguatkuasaan PKPB yang bermula 9 November hingga 6 Disember.

Manakala PKPB di Melaka dan Johor (kecuali Mersing dan Kota Tinggi) ditamatkan pada Jumaat, 20 November.

Justeru Nie Ching berkata, arahan itu dilihat caca-marba

Advertisement

“Ini adalah pentadbiran di mana tangan kiri tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top