BM | EN | 中文

PKP Selangor: Adun Bukit Melawati hulur sumbangan buat pendayung sampan Santuari Kelip-kelip

MAJLIS-SERAHAN-SUMBANGAN-COVID-19-KEPADA-PENDAYUNG-PUSAT-SANTUARI-KELIP-KELIP-KAMPUNG-KUANTAN.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 28 OKT: Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati di Selangor, Juwairiya Zulkifli hari ini menghulurkan bantuan wang tunai dan keperluan asas kepada 35 pendayung Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan.

Juwairiya berkata sumbangan itu bagi meringankan beban mereka yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac.

Beliau menjelaskan keadaan bertambah parah apabila PKP Bersyarat dilaksana di seluruh negeri mulai 14 Oktober, yang kemudian dilanjut sehingga 9 November.

Advertisement

“Sumbangan ini inisiatif saya sendiri bagi membantu pendayung yang punca pendapatannya terjejas dan nasib mereka perlu diberi perhatian lebih,” katanya, lapor Selangorkini.

Sumbangan Prihatin Covid-19 di Balai Raya Penghulu Mukim Pasangan turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Kuala Selangor Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin.

Hadir sama, Pegawai Pelancongan Majlis Daerah Kuala Selangor Shazlan Hakim Mazalan dan Penghulu Mukim Pasangan Shahrul Affendi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top