BM | EN | 中文

PKP Penuh: MP Bangi kemuka 20 persoalan yang belum terjawab

ong-kian-ming-mp-bangi.jpg

Gambar Ehsan Roketkini

Advertisement

BANGI, 10 JUN: Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming menyenaraikan 20 isu yang masih belum terjawab selepas seminggu negara di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) Penuh.

Ong berkata, selepas seminggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKP Penuh), kini terdapat lebih banyak persoalan dan kekeliruan berbanding dengan PKP 1.0 pada Mac 2020

“Kita fikirkan, selepas setahun sejak PKP mula diumumkan pada bulan Mac 2020, kerajaan Perikatan Nasional sudah tahu bagaimana untuk melaksanakan sekatan pergerakan menyeluruh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan telus.

Advertisement

“Malangnya, perkara ini tidak berlaku. Sejak daripada bermulanya pelaksanaan PKP Penuh pada 1 Jun 2021, terdapat lebih banyak persoalan dan kekeliruan mengenai pelaksanaan PKP terbaru ini berbanding dengan PKP yang pertama,” kata Ong, dipetik dari laman web beliau.

Berikut adalah 20 senarai isu-isu yang dikemukakan Dr Ong Kian Ming:

1. Kita masih belum ada senarai menyeluruh mengenai kementerian mana yang bertanggungjawab ke atas satu-satu sektor atau industri.

Advertisement

2. Kita masih tidak tahu sama ada restoran dibenarkan untuk beroperasi sekiranya mereka belum menerima surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

3.Kita tidak tahu sama ada penjaja di tepi jalan yang menjual makanan dan minuman dibenarkan untuk terus beroperasi tanpa surat kebenaran daripada MITI.

4. Kita tidak tahu apakah kriteria yang digunakan untuk melarang penjualan alkohol tetapi membenarkan penjualan rokok.

Advertisement

5. Kita masih belum tahu sama ada bengkel kereta / automotif dibenarkan untuk beroperasi sekiranya mereka belum mendapat surat kebenaran daripada MITI.

6.Kita tidak tahu sama ada mereka yang berada dalam sektor perdagangan pengedaran dan pengedar perkhidmatan penting dibenarkan untuk beroperasi dan dari Kementerian manakah yang mereka perlu dapat kebenaran untuk beroperasi.

7.Kita tidak tahu sama ada kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih penghawa dingin dibenarkan untuk beroperasi dan daripada Kementerian mana yang mereka perlu mohon kebenaran.

Advertisement

8.Kita tidak tahu sama ada tukang paip dibenarkan untuk beroperasi dan daripada Kementerian mana yang mereka perlu mohon kebenaran.

9.Kita tidak tahu sama ada mereka yang menjalankan perkhidmatan menyelenggara mesin fotostat dan mesin cetak dibenarkan beroperasi dan daripada Kementerian mana yang mereka perlu mohon kebenaran untuk beroperasi.

10.Kita masih tidak tahu apakah kriteria yang digunakan untuk meluluskan atau menolak permohonan mereka yang berada dalam rantaian bekalan perkhidmatan penting.

Advertisement

11.Kita tidak tahu bagaimanakah proses pembelajaran atas talian dapat dijalankan apabila kedai telekomunikasi dan bahagian alat tulis di pasaraya ditutup.

12.Kita tidak tahu bagaimanakah orang hendak bekerja dari rumah (BDR) sekiranya komputer riba atau telefon mereka rosak sedangkan kedai IT dan telefon bimbit ditutup.

13.Kita tidak tahu bagaimana mereka yang bergantung kepada Rawatan Tradisional Cina boleh terus mendapatkan rawatan mereka.

Advertisement

14.Kita tidak tahu mengapa pewarna rambut tidak dibenarkan untuk dijual di farmasi.

15.Kita tidak tahu mengapa bahagian penambahbaikan rumah di sesetengah kedai ditutup.

16.Bagaimanakah orang hendak memasak di rumah sekiranya perkakasan (seperti periuk nasi dan cerek) mereka rosak, memandangkan kedai barangan elektrik tidak dibuka dan bahagian perkakasan elektrik di pasaraya juga ditutup.

Advertisement

17.Kita tidak tahu bagaimana syarikat yang bukan berada dalam sektor penting boleh terus menjaga pusat data mereka sekiranya berlaku kecemasan.

18.Kita tidak faham mengapa sesetengah syarikat diberikan surat kelulusan oleh MITI tetapi apabila kod QR mereka diimbas oleh pihak polis, butirannya menunjukkan yang syarikat ini berada dalam industri tidak penting.

19.Kita masih tidak dapat memahami mengapa aktiviti jogging dibenarkan tetapi aktiviti berbasikal dilarang.

Advertisement

20.Kita masih belum dapat mendengar taklimat sidang media bersama mengenai sektor-sektor di bawah bidang kuasa daripada menteri-menteri berikut — MITI, Hal Ehwal Dalam Negeri, Perdagangan Dalam Negeri, Komunikasi dan Multimedia, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (antara beberapa yang dinamakan).

Ujarnya lagi, beliau tidak pasti sama ada arahan telah dikeluarkan Perdana Menteri untuk melarang mana-mana menteri selain Ismail Sabri untuk mengadakan sidang media berkenaan PKP Penuh.

“Tetapi memandangkan dengan kekeliruan semasa mengenai SOP pelaksanaan PKP Penuh ini, bukankah para menteri ini sepatutnya mengadakan sidang media bersama untuk menjelaskan perkara-perkara di atas?

Advertisement

“Kita semua menunggu perkara ini untuk berlaku,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top