BM | EN | 中文

PKP: Hanya 12 jemaah solat Jumaat, 4 untuk solat fardu di Johor bermula hari ini

masjid-batu-pahat.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 MEI: Hanya 12 jemaah dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat manakala empat orang sahaja dibenarkan menunaikan solat fardu di masjid, surau Jumaat serta surau kariah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Johor bermula hari ini.

Jumlah jemaah solat Jumaat di masjid dan surau Jumaat itu dihadkan kepada ahli jawatankuasa pengurusan tidak termasuk imam, bilal dan noja manakala jumlah jemaah solat fardu di masjid, surau Jumaat dan surau kariah adalah termasuk imam, bilal dan noja, dengan jarak antara saf hendaklah diselangkan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor Datuk Md Rofiki Samsudin di sini semalam.

Advertisement

“Sebanyak 91 masjid dan surau di Johor diarahkan tutup oleh Kementerian Kesihatan setakat semalam dan susulan itu Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) setelah diperkenankan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menetapkan bilangan jemaah di masjid, surau Jumaat dan surau kariah perlu dihadkan.

“Arahan itu terpakai sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan MAIJ. Justeru, dalam situasi COVID-19 yang semakin meningkat.

“Marilah kita bersatu hati merafakkan doa, mendirikan solat secara berjemaah di rumah masing-masing dan melakukan amalan kebaikan yang lain agar wabak ini segera berakhir,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Selain itu, ruang solat bagi musafir, solat jenazah di masjid atau surau dan aktiviti ziarah tanah perkuburan Islam adalah tidak dibenarkan bermula esok, namun pengebumian jenazah dibenarkan dengan kehadiran 12 orang waris keluarga terdekat dengan syarat bukan jenazah pesakit COVID-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top